Zikir-Zikir Ma'thur Selepas Solat Fardhu
Sumber: Hisnul Muslim, al Qahtaniy
أَسْتَغْفِرُ الله (ثلاثا) اللّهُـمَّ أَنْـتَ السَّلامُ ، وَمِـنْكَ السَّلام ، تَبارَكْتَ يا ذا الجَـلالِ وَالإِكْـرام
. "Aku memohon keampunan Allah" (3 kali). "Ya Allah! Engkaulah Al-Salam(yang memiliki kesejahteraan), daripada Engkau kesejahteraan itu. Maha Suci Engkau, wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan" -Riwayat Muslim
Dalil: Tsauban r.a berkata, adalah RasululLah s.a.w apabila dia berpaling daripada solatnya, dia membaca istighfar 3 kali dan kemudian membaca 'Allahumma antas salam…'. Berkata Walid, aku bertanya kpd Auzai' r.a, bagaimanakah istighfar itu? Beliau menjawab" 'AstaghfirulLah,AstaghfirulLah,AstaghfirulLah' - Sahih Muslim
لاَ إِلهَ إِلاّ اللّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُـلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلّ شَيءٍ قَدِير، اللّهُـمَّ لاَ مَانِعَ لِما أَعْطَـيْت، وَلا مُعْطِـيَ لِما مَنَـعْتَ، وَلا يَنْفَـعُ ذا الجَـدِّ مِنْـكَ الجَـدُّ
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau hendak kurniakan, tiada sesiapa yang dapat memberi apa yang Engkau halang, dan tiada bermanafaat kekayaan seseorang kerana daripada Engkau segala kekayaan." -Riwayat Bukhari & Muslim
Dalil: Mughirah bin Syu'bah r.a berkata, bahawasanya RasululLah s.a.w, biasanya pada selesai setiap solat fardhu, baginda mengucapkan: [lihat teks di atas] - Riwayat Bukhari&Muslim
لاَ إِلهَ إِلاّ اللّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُـلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلّ شَيءٍ قَدِير ، لا حَـوْلَ وَلا قـوَّةَ إِلاّ بِاللهِ، لا إلهَ إلاّ اللّـه، وَلا نَعْـبُـدُ إِلاّ إيّـاه, لَهُ النِّعْـمَةُ وَلَهُ الفَضْل وَلَهُ الثَّـناءُ الحَـسَن، لا إلهَ إلاّ اللّهُ مخْلِصِـينَ لَـهُ الدِّينَ وَلَوْ كَـرِهَ الكَـافِرُون
3. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah. Tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Allah. Kami tidak mengabdikan diri melainkan kepada-Nya. Bagi-Nya segala nikmat, bagi-Nya segala kelebihan, bagi-Nya segala pujian yang baik itu. Tiada yang berhak mengabdikan diri melainkan Allah, (kami) mengikhlaskan ketaatan hanya kepada-Nya walaupun orang-orang kafir itu benci. -Riwayat Muslim
Dalil: Abdullah ibn Zubair r.a, adalah dia mengucapkan di akhir setiap solat sesudah salam: [lihat teks di atas]. Lalu berkata lagi Ibn Zubair:"Adalah RasululLah s.a.w mengucapkan bacaan tahlil tersebut setelah berakhir setiap solatnya" - Sahih Muslim
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." ( Al-Baqarah:255) Riwayat al-Nasa'iy
Dalil: "Sesiapa yg membaca Ayat al-Kursi selepas setiap solat, tiada yg menegahnya memasuki syurga melainkan kerana belum mati lagi." Al Nasa'iy, ''Amal al Yawm wa al Laylatn no 100. Ibn al Sunni no 121. "Barangsiapa yg membaca Ayat Kursi selepas setiap solat wajib, adalah dia berada dlm pemeliharaan Allah sampai kepada solat berikutnya" - al Thabrani lihat al Targhib wal Tarhib karya al Thabrani (2:435)
سُبْحَانَ الله ( 33 )، وَالحَمْدُ لله ( 33 )، وَالله أَكْبَر ( 33 ) لا إلهَ إلاّ اللّه, وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لهُ، لهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْد، وَهوَ عَلَى كُلّ شَيءٍ قدير
"Maha suci Allah" 33 kali "Segala Pujian itu bagi Allah" 33 kali "Allah Maha Besar" 33 kali. "Tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Baginya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." - Riwayat Muslim
Dalil: Abu Hurairah r.a berkata RasululLah s.a.w telah bersabda;" barangsiapa yg mengucapkan ketika selesai setiap solatnya - SubhanalLah 33 kali, AlhamdulilLah 33 kali, dan Allah Akbar 33 kali sehingga mencukupi jumlahnya 99 kali; kemudian disempurnakan menjadi 100 dengan bacaan tahlil[lihat teks di atas], maka nescaya diampuni kesalahan-kesalahannya, walaupun banyaknya seperti buih dipermukaan laut" Sahih Muslim
بسم الله الرحمن الرحيم{ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ*اللَّهُ الصَّمَدُ*لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ} بسم الله الرحمن الرحيم {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ * مِن شَرِّ مَا خَلَقَ *وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ * وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ * وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ } بسم الله الرحمن الرحيم{ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ * مَلِكِ النَّاسِ * إِلَهِ النَّاسِ *مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ * الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ * مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ }
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: ""Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"". Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: ""Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki"". Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: ""Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia."" - Riwayat Abu Daud, Al-Nasa'iy
Dalil: Uqbah bi Amir r.a berkata: " Aku disuruh oleh RasululLah s.a.w supaya membaca surah-surah al-Mu'awwidzat(al Falaq dan Al Nas) pada tiap-tiap kali selesai mengerjakan solat." Sunan Al Nasai no 1309, di riwayat juga oleh Ahmad, Abu Daud, Tirmizi,Hakim. Ada yang berpendapat adalah baik disertakan surah al Ikhlas-Syaikh Abdullah Basmeih,lihat mustika hadith vol2, ms191.
لا إلهَ إلاّ اللّهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ، لهُ المُـلْكُ ولهُ الحَمْدُ،يُحْيِي وَيُمِيتُ، وهوَ على كلّ شَيءٍ قَدير
. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, Dia menghidupkan dan dia mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh)
Dalil: Riwayat al-Tirmidhiy, 5:515; Ahmad, 4:227. Lihat: Takhrijnya di dalam Zad al-Ma’ad, 1:300
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment