Tuesday, March 30, 2010

Doa-doa Pilihan Dari al-Quran dan al-Sunnah


Doa-doa Pilihan Dari al-Quran dan al-Sunnah


1. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
1."Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" al-Baqarah: 201

2. رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
2.“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." Ali Imran: 8

3 ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
3."Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Ali imran : 147

4. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
4."Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi". Al Araaf: 23

5. رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء . رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
5.”Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do’aku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mu’min pada hari terjadinya hisab ( hari kiamat)". Ibrahim:40-41

6. رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
6.”Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidikku waktu kecil.” al Israa:24


7. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
7."Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. Al-Furqan:74

8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
8."Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha
Penyayang". Al-Hasyr:10

9. اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
9.Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi pemilihara urusanku, dan perbaikilah duniaku yang padanya (terletak) penghidupanku, dan perbaikilah akhiratku yang di sana tempat kembaliku. Dan jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikan kematianku merupakan kebebasan dari kejahatan.
HR Muslim

10. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
10. “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu petunjuk dan ketaqwaan dan affah(dapat mengawal kehendak nafsu) dan kecukupan.” HR Muslim

11. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًاوَرِزْقًاطَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
11. “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta dari-Mu ilmu yang bermanafaat dan rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” HR Ibn Majah

12. اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجَلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي
12. “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu yang lelaki, anak hamba-Mu yang perempuan, ubun-ubunku di tangan-Mu, berlaku padaku hukuman-Mu, adil padaku ketentuan-Mu. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang Engkau namakan dengannya akan diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada salah seorang makhluk-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau khususkan dengannya di dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, dan kiranya Engkau jadikan al-Quran itu penghibur hatiku, cahaya hatiku, penghilang kesedihan, dan penghapus kesulitanku. HR Ahmad, al-Hakim

13. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ, أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
13. “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan dengan keselamatan-Mu daripada seksaan-Mu. Aku berlindung kepada-Mu daripada(ancaman)Mu. Aku tidak menghadkan pujianku terhadap-Mu, Engkau sebagaimana yang Engkau sanjung ke atas diri-Mu sendiri.”- HR Ahmad, Tirmizi

14. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأََخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأََهْوَاءِ
14. “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keburukan akhlak dan keburukan amal dan keburukan hawa nafsu” – HR Tirmizi.

15. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
15. “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada sifat lemah dan malas, dan penakut, dan bakhil, dan nyanyuk. Dan aku berlindung kepada Engkau daripada azab kubur dan aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah hidup dan mati.” – HR Bukhari, Muslim

16. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ


16. “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu untuk membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta mencintai orang-orang miskin. Dan aku mohon agar Engkau mengampuni aku dan mengasihi aku. Dan apabila Engkau hendak menurunkan bala kepada sesuatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terkena bala itu. Aku memohon kepada kecintaan-Mu dan mencintai orang-orang yang mencintai-Mu, serta mencintai amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu.” – HR Ahmad, Tirmizi.

17. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ
17. “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Engkau semua perkara yang dengannya kami mendapat rahmat dan pengampunan Engkau, terhindar dari setiap dosa, keuntungan daripada setiap kebajikan, dan kejayaan memperolehi syurga dan terselamat daripada neraka” – HR al-Hakim.

Zikir-Zikir Pagi dan Petang dari Al-sunnah

Sumber: Hisnul Muslim
Penyusun: Syeikh Saaid Ali Wahf al Qahtaniy

Zikir-Zikir Pagi dan Petang dari Al-sunnah


Nota: Zikir pagi boleh diamalkan di antara selepas solat Subuh hingga sebelum masuk waktu Zuhur. Dan zikir petang diamalkan di antara selepas solat Asar dan sebelum masuk waktu Isya’.


1. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم { اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }
1. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa
yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar ( Al-Baqarah:255, 1 kali) HR Abu Daud,Hakim,al-Nasa’I, al-Thabrani8

2. بسم الله الرحمن الرحيم{ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ*اللَّهُ الصَّمَدُ*لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ} بسم الله الرحمن الرحيم {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ * مِن شَرِّ مَا خَلَقَ *وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ * وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ * وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ } بسم الله الرحمن الرحيم{ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ * مَلِكِ النَّاسِ * إِلَهِ النَّاسِ *مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ * الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ * مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ }
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia". Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki". Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia." (3 kali ) HR Abu Daud, Tirmizi .9


Nota: Jika berzikir di waktu petang, gantikan kalimah yang ditebalkan dengan kalimah yang di dalam kurungan.

3.أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ( أَمْسَيْـنا وَأَمْسـى) المُـلْكُ لِلَّهِ وَالحَمْدُ لِلِّهِ ، لاَ إِلهَ إلاّ اللّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُـلْكُ وَلَهُ الحَمْـدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ ، رَبِّ أَسْـأَلُـكَ خَـيرَ مَا فِي هَـذَا اليَومِِ (هَـذِهِ اللَّـيْلَةِ) وَخَـيرَ مَا بَعْـدَهُ (بَعْـدَهَـا) ، وَأََعُـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ مَا فِي هَـذَا اليَومِِ (هـذهِ اللَّـيْلةِ) وَشَرِّ مَا بَعْـدَهُ (بَعْـدَهَـا) ، رَبِّ أََعُـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسُـوءِ الْكِـبَرِ ، رَبِّ أَعُـوذُبِكَ مِنْ عَـذَابٍ فِي النَّـارِ وَعَـذَابٍ فِي القَـبْرِ

3. Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan milik Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kebaikan pada waktu pagi ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pada pagi ini dan kejahatan sesudahnya. Ya Tuhanku! Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat malas dan keburukan hari tua. Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan neraka dan seksaan kubur. (1 kali) HR Muslim.

4. اللّهـمَّ بِكَ أَصْـبَحْنا وَبِكَ أَمْسَـيْنَا(أَمْسَـيْنَا وَبِكَ أَصْـبَحْنا) وَبِكَ نَحْـيا وَبِكَ نَمُـوتُ وَإِلَـيْكَ النُّـشُور(المَصِـيْر)
4. Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kami dibangkitkan (1 kali) HR Tirmizi

5. اللّهـمَّ أَنْتَ رَبِّـي لاَ إِلَهَ إلاّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِـي وَأَنَا عَبْـدُك ، وَأَنَا عَلـى عَهْـدِكَ وَوَعْـدِكَ مَا اسْتَـطَعْـتُ ، أَعُـوذُبِكَ مِنْ شَـرِّ مَا صَنَـعْتُ ، أَبـُوءُ لَـكَ بِنِعْـمَتِـكَ عَلَـيَّ وَأَبـُوءُ بِذَنْـبِي فَاغْفـِرْ لِي فَإِنَّـهُ لاَ يَغْـفِرُ الذُّنـُوبَ إِلاّ أَنْتَ
5. Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Engkau. Engkaulah yang menciptakan Aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan taat setia kepada janjiku dengan-Mu sekadar kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang kulakukan. Aku mengakui di hadapan Engkau atas segala nikmat kurnia Mu ke atasku. Aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau (1 kali) HR Bukhari10

6. اللّهُـمَّ إِنِّـي أَصْبَـحْتُ( أَمْسَـيْتُ) أَُشْـهِدُكَ ، وَأُشْـهِدُ حَمَلَـةَ عَـرْشِـكَ ، وَمَلاَئِكَتِكَ ، وَجَمِـيعَ خَلْـقِكَ ، أَنَّـكَ أَنْـتَ اللهُ لاَ إِلهَ إلاَّ أَنْـتَ وَحْـدَكَ لاَ شَرِيكَ لَـكَ ، وَأَنَّ ُ مُحَمّـداً عَبْـدُكَ وَرَسُـولُـكَ
6. Ya Allah! Sesungguhnya berpagi-pagi aku bersaksi dengan Engkau dan dengan malaikat yang memikul arash-Mu, malaikat-malaikat-Mu dan seluruh makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu (4 kali) 11- HR Abu Daud

7. اللّهُـمَّ مَا أَصْبَـحَ( أَمْسَـى) بِي مِـنْ نِعْـمَةٍ أَوْ بِأََحَـدٍ مِـنْ خَلْـقِكَ ، فَمِـنْكَ وَحْـدَكَ لاَ شَرِيكَ لَـكَ ، فَلَـكَ الْحَمْـدُ وَلَـكَ الشُّكْـرُ
7. Ya Allah! Nikmat yang kuterima atau yang diterima oleh seseorang di antara makhluk-Mu di pagi ini adalah daripada-Mu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala
pujian dan kepada-Mu dipanjatkan syukur (1 kali) 12 HR Abu Daud

8. اللّهُـمَّ عَافِـني فِي بَدَنِـي ، اللّهُـمَّ عَافِـنِي فِي سَمْـعِي ، اللّهُـمَّ عَافِـنِي فِي بَصَـرِي ، لاَ إِلَهَ إلاّ أَنْـتَ. اللّهُـمَّ إِنِّـي أََعُـوذُبِكَ مِنَ الْكُـفْرِ ، وَالفَـقْرِ ، وَأَعُـوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ القَـبْرِ ، لاَ إِلَهَ إلاّ أَنْـتَ
8. Ya Allah! Sihatkan tubuh badanku. Ya Allah! Sihatkan pendengaranku. Ya Allah! Sihatkan penglihatanku. Tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur. Tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri kecuali Engkau. (3 kali) HR Ahmad,Abu Daud

9. حَسْبِـيَ اللّهُ لاَ إِلَهَ إلاَّ هُوَ عَلَـيهِ تَوَكَّـلتُ وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِـيمِ
9. Cukuplah Allah (sebagai pelindungku). TiadaTuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang menguasai arash yang agung. (7 kali)- HR Ibn Sunniy

10. اللّهُـمَّ إِنِّـي أَسْـأَلُـكَ العَـفْوَ وَالعَـافِـيةَ فِي الدُّنْـيَا وَالآخِـرَة ، اللّهُـمَّ إِنِّـي أسْـأَلُـكَ العَـفْوَ وَالعَـافِـيةَ فِي دِينِي، وَدُنْـيَايَ ، وَأهْـلِي ، وَمَالِـي ، اللّهُـمَّ اسْتُـرْ عَـوْرَاتِي، وَآمِـنْ رَوْعَاتِـي ، اللّهُـمَّ احْفَظْـنِي مِنْ بَـينِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِـي، وَعَنْ يَمِـينِي وَعَنْ شِمَـالِي ، وَمِنْ فَوْقِـي ، وَأَعُـوذُ بِعَظَمَـتِكَ أَنْ أُغْـتَالَ مِنْ تَحْتِـي
10. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteran pada agama, dunia, keluarga, dan harta bendaku. Ya Allah! Tutuplah cacat celaku, dan tenteramkanlah hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku di sebelah hadapanku, belakangku, kananku, kiriku, dan di atasku. Aku berlindung dengan kesabaran-Mu agar tidak disambar dari sebelah bawahku. (1 kali) HR Abu Daud, Ibn Majah

11. اللّهُـمَّ عَالِـمَ الغَـيْبِ وَالشَّـهَادَةِ فَاطِـرَ السّمًاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّ كُـلِّ شَـيءٍ وَمَلِيـكَهُ ، أَشْهَـدُ أَنْ لاَ إِلـهَ إِلاّ أَنْتَ ، أََعُـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ نَفْسِـي وَمِن شَـرِّ الشَّيْـطَانِ وَشِـرْكِهِ ، وَأَنْ أَقْتَـرِفَ عَلـَى نَفْسِـي سُوءاً أَوْ أَجُـرَّهُ إِلَـى مُسْـلِ

11. Ya Allah! Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, pencipta petala langit dan bumi, Tuhan yang menguasai sesuatu, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku, daripada kejahatan syaitan dan konco-konconya agar aku tidak menjerumuskan diriku ke dalam kejahatan atau menyeret muslim yang lain ke dalamnya. (1 kali) - HR Tirmizi

12. بِسْـمِ اللهِ الَذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْمِـهِ شَيءٌ فِي الأرْضِ وَلاَ فِي السّمَـاءِ وَهـوَ السّمِـيعُ العَلـيمُ
12. Dengan nama Allah yang apabila sesuatu itu disebut dengan nama-Nya, ia tidak dapat memberi mudarat baik yang berada di bumi atau di langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.14(3 kali ) - HR ِAbu Daud
13. رَضِيـتُ بِاللهِ رَبَّـاً وَبِالإسْلاَمِ دِيـناً وَبِمُحَـمَّدٍ صَلَّ اللهُ عُلَيهِ وَسَلَّم نَبِيّـاً

13. Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam itu sebagai cara hidup, dan Muhammad itu sebagai Nabi (3 kali )15 HR Ahmad


14. ياَ حَـيُّ يَا قَيُّـومُ بِـرَحْمَـتِكِ أَسْتَـغِـيثُ ، أَصْلِـحْ لِي شَـأْنـِي كُلَّـهُ ، وَلاَ تَكِلـْنِي إِلَى نَفْـسِي طَـرْفَةَ عَـيْنٍ
14. (Ya Allah!) Yang Maha Hidup; (Ya Allah!) yang meguruskan (alam ini). Dengan rahmat-Mu aku memohon agar Engkau perbaiki segala urusanku dan jangan Engkau biarkan aku membuat keputusan sendiri walaupun sekelip mata (1 kali) HR Hakim.

15. أَصْبَـحْـنا وَأَصْبَـح المُـلْكُ لِلَّهِ رَبِّ العَـالَمِـينَ ، اللّهُـمَّ إِنِّـي أَسْـأَلُـكَ خَـيْرَ هَـذَا الـيَوْمِ ، فَـتْحَهُ ، وَنَصْـرَهُ ، وَنُـورَهُ وَبَـرَكَتَـهُ ، وَهُـدَاهُ ، وَأَعُـوذُ بِـكَ مِـنْ شَـرِّ مَا فِـيهِ وَشَـرِّ مَا بَعْـدَهُ
15. Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan itu milik Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan pada hari ini: Rahmat, kemenangan, cahaya, keberkatan, dan petunjuk. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang terdapat di dalamnya dan kejahatan sesudahnya. (1 kali) HR Abu Daud.

Jika Petang, di baca seperti berikut:

أَمْسَيْـنَا وَأَمْسـَى المُُـلْكُ لِلَّهِ رَبِّ العَـالَمِـين ، اللّهُـمَّ إِنِّـي أسْـأَلُـكَ خَـيْرَ هَـذِهِ اللَّـيْلَة ، فَتْحَهَـا ، وَنَصْـرَهَـا ، وَنُـورَهـا وَبَـرَكَتَـهَـا ، وَهُـدَاهَـا ، وَأَعُـوذُ بِـكَ مِـنْ شَـرِّ مَا فِـيهَـا وَشَـرِّ مَا بَعْـدَهـَا.
……………
16. أَصْبَحْنَا (أَمْسَيْـنا )عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ
16. Berpagi-pagi (Berpetang-petang) kami berada di atas fitrah Islam, berpegang dengan kalimah tauhid, menuruti agama Nabi kami Muhammad s.a.w dan tegak di atas millah moyang kami Ibrahim yang lurus dalam keadaan tunduk patuh menyerah diri. Tidaklah kami daripada golongan musyrikin. (1 kali ) HR Ahmad.

17. سُبْحَـانَ اللهِ وَبِحَمْـدِهِ
17. Maha Suci Allah dan aku memuji-Nya (100 kali)16 HR Muslim


18. لاَ إِلَهَ إلاَّ اللّهُ وَحْـدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَـدِيرٌ

18. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.(10 kali atau sekali ketika sibuk) HR IbnMajah, Abu Daud)

Nota: Digalakkan juga untuk membaca 100 kali sehari zikir di atas kerana di dalam riwayat al Bukhari:

“Sesiapa yang mengucapkannya 100 kali sehari menyamai pahala membebaskan 10 orang hamba. Ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan daripadanya 100 kejahatan. Baginya pada hari itu terpelihara daripada syaitan sehingga ke petang. Tiada sesiapa yang datang lebih baik daripada apa yang dibawanya kecuali orang yang datang dengan membawa amalan yang lebih banyak daripada itu.”


19. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ ورِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

19. Maha SuciAllah dan puji-pujian itu bagi-Nya sebanyak makhluk-Nya, sejauh keredhaan diri-Nya, seberat timbangan arash-Nya dan sebanyak tinta kalimat-Nya (3 kali pada waktu pagi) HR Muslim


20. اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً ، وَرِزْقاً طَيِّباً ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
( 1 kali pada waktu pagi) HR Ibn Majah

21. أََعُـوذُبِكَلِمَـاتِ اللّهِ التَّـامَّـاتِ مِنْ شَـرِّ مَا خَلَـقَ
21. Aku berlindung dengan kalimat-kalimaat Allah yang sempurna daripada apa-apa kejahatan yang Dia ciptakan18 (3 kali pada waktu petang ) - HR Ahmad

22. أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
22. Aku Memohon keampunan kepada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya. (100 kali sehari) HR Bukhari, Muslim

23. اللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد
23. Ya Allah! Limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi kami Muhammad.19 (10 kali ) - HR al Thabrani

Doa/Zikir Selepas Solat Sunat Witir

Doa/Zikir Selepas Solat Sunat Witir


اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ نُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Wahai tuhan kami, kami berlindung dengan redha-Mu daripada kemurkaan-Mu dan dengan keampunan-Mu daripada Siksa-Mu, dan kami berlindung dengan Mu daripada Mu, Kami tidak mampu menghitung puji-pujian ke atas-Mu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diri-Mu.

Riwayat Ahmad, Al Nasa’I, Abu Daud, Al Tirmizi. Nota – Text asal doa ialah dalam bentuk mufrad

سُبْحَانَ اْلمَلِكِ اْلقُدُّوْسِ، سُبْحَانَ اْلمَلِكِ اْلقُدُّوْسِ ، سُبْحَانَ اْلمَلِكِ اْلقُدُّوْسِ

Maha Suci Raja Yang Maha Suci – 3 kali


Riwayat al Nasa’i, Abu Daud.

zikir ma'thur selepas solat fardhu

Zikir-Zikir Ma'thur Selepas Solat Fardhu

Sumber: Hisnul Muslim, al Qahtaniy

أَسْتَغْفِرُ الله (ثلاثا) اللّهُـمَّ أَنْـتَ السَّلامُ ، وَمِـنْكَ السَّلام ، تَبارَكْتَ يا ذا الجَـلالِ وَالإِكْـرام
. "Aku memohon keampunan Allah" (3 kali). "Ya Allah! Engkaulah Al-Salam(yang memiliki kesejahteraan), daripada Engkau kesejahteraan itu. Maha Suci Engkau, wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan" -Riwayat Muslim

Dalil: Tsauban r.a berkata, adalah RasululLah s.a.w apabila dia berpaling daripada solatnya, dia membaca istighfar 3 kali dan kemudian membaca 'Allahumma antas salam…'. Berkata Walid, aku bertanya kpd Auzai' r.a, bagaimanakah istighfar itu? Beliau menjawab" 'AstaghfirulLah,AstaghfirulLah,AstaghfirulLah' - Sahih Muslim


لاَ إِلهَ إِلاّ اللّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُـلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلّ شَيءٍ قَدِير، اللّهُـمَّ لاَ مَانِعَ لِما أَعْطَـيْت، وَلا مُعْطِـيَ لِما مَنَـعْتَ، وَلا يَنْفَـعُ ذا الجَـدِّ مِنْـكَ الجَـدُّ
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau hendak kurniakan, tiada sesiapa yang dapat memberi apa yang Engkau halang, dan tiada bermanafaat kekayaan seseorang kerana daripada Engkau segala kekayaan." -Riwayat Bukhari & Muslim


Dalil: Mughirah bin Syu'bah r.a berkata, bahawasanya RasululLah s.a.w, biasanya pada selesai setiap solat fardhu, baginda mengucapkan: [lihat teks di atas] - Riwayat Bukhari&Muslim

لاَ إِلهَ إِلاّ اللّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُـلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلّ شَيءٍ قَدِير ، لا حَـوْلَ وَلا قـوَّةَ إِلاّ بِاللهِ، لا إلهَ إلاّ اللّـه، وَلا نَعْـبُـدُ إِلاّ إيّـاه, لَهُ النِّعْـمَةُ وَلَهُ الفَضْل وَلَهُ الثَّـناءُ الحَـسَن، لا إلهَ إلاّ اللّهُ مخْلِصِـينَ لَـهُ الدِّينَ وَلَوْ كَـرِهَ الكَـافِرُون
3. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah. Tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Allah. Kami tidak mengabdikan diri melainkan kepada-Nya. Bagi-Nya segala nikmat, bagi-Nya segala kelebihan, bagi-Nya segala pujian yang baik itu. Tiada yang berhak mengabdikan diri melainkan Allah, (kami) mengikhlaskan ketaatan hanya kepada-Nya walaupun orang-orang kafir itu benci. -Riwayat Muslim

Dalil: Abdullah ibn Zubair r.a, adalah dia mengucapkan di akhir setiap solat sesudah salam: [lihat teks di atas]. Lalu berkata lagi Ibn Zubair:"Adalah RasululLah s.a.w mengucapkan bacaan tahlil tersebut setelah berakhir setiap solatnya" - Sahih Muslim

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." ( Al-Baqarah:255) Riwayat al-Nasa'iy

Dalil: "Sesiapa yg membaca Ayat al-Kursi selepas setiap solat, tiada yg menegahnya memasuki syurga melainkan kerana belum mati lagi." Al Nasa'iy, ''Amal al Yawm wa al Laylatn no 100. Ibn al Sunni no 121. "Barangsiapa yg membaca Ayat Kursi selepas setiap solat wajib, adalah dia berada dlm pemeliharaan Allah sampai kepada solat berikutnya" - al Thabrani lihat al Targhib wal Tarhib karya al Thabrani (2:435)


سُبْحَانَ الله ( 33 )، وَالحَمْدُ لله ( 33 )، وَالله أَكْبَر ( 33 ) لا إلهَ إلاّ اللّه, وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لهُ، لهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْد، وَهوَ عَلَى كُلّ شَيءٍ قدير
"Maha suci Allah" 33 kali "Segala Pujian itu bagi Allah" 33 kali "Allah Maha Besar" 33 kali. "Tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Baginya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." - Riwayat Muslim

Dalil: Abu Hurairah r.a berkata RasululLah s.a.w telah bersabda;" barangsiapa yg mengucapkan ketika selesai setiap solatnya - SubhanalLah 33 kali, AlhamdulilLah 33 kali, dan Allah Akbar 33 kali sehingga mencukupi jumlahnya 99 kali; kemudian disempurnakan menjadi 100 dengan bacaan tahlil[lihat teks di atas], maka nescaya diampuni kesalahan-kesalahannya, walaupun banyaknya seperti buih dipermukaan laut" Sahih Muslim


بسم الله الرحمن الرحيم{ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ*اللَّهُ الصَّمَدُ*لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ} بسم الله الرحمن الرحيم {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ * مِن شَرِّ مَا خَلَقَ *وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ * وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ * وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ } بسم الله الرحمن الرحيم{ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ * مَلِكِ النَّاسِ * إِلَهِ النَّاسِ *مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ * الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ * مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ }
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: ""Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"". Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: ""Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki"". Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: ""Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia."" - Riwayat Abu Daud, Al-Nasa'iy

Dalil: Uqbah bi Amir r.a berkata: " Aku disuruh oleh RasululLah s.a.w supaya membaca surah-surah al-Mu'awwidzat(al Falaq dan Al Nas) pada tiap-tiap kali selesai mengerjakan solat." Sunan Al Nasai no 1309, di riwayat juga oleh Ahmad, Abu Daud, Tirmizi,Hakim. Ada yang berpendapat adalah baik disertakan surah al Ikhlas-Syaikh Abdullah Basmeih,lihat mustika hadith vol2, ms191.

لا إلهَ إلاّ اللّهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ، لهُ المُـلْكُ ولهُ الحَمْدُ،يُحْيِي وَيُمِيتُ، وهوَ على كلّ شَيءٍ قَدير
. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, Dia menghidupkan dan dia mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh)

Dalil: Riwayat al-Tirmidhiy, 5:515; Ahmad, 4:227. Lihat: Takhrijnya di dalam Zad al-Ma’ad, 1:300

Fadhilat Doa

فضل الدعاء
{وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ} [غافر 60]، {وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ}، وقال صلى الله عليه وسلم: "الدعاء هو العبادة قال ربكم: {ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ}" [البقرة 186]، وقال صلى الله عليه وسلم: "إن ربكم تبارك وتعالى حيي كريم يستحيي من عبده إذا رفع يديه إليه أن يردهما صفراً"،(2) وقال عليه الصلاة والسلام: "ما من مسلم يدعو الله بدعوة ليس فيها إثم ولا قطيعة رحم إلا أعطاه الله بها إحدى ثلاث: إما أن تعجل له دعوته، وإما أن يدخرها له في الآخرة، وإما أن يصرف عنه من السوء مثلها" قالوا: إذاً نكثر. قال: "الله أكثر".(3)


Kelebihan Berdoa.
“Dan Tuhanmu berfirman: berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan bagimu. Sesugguhnya orang-orang yang sombong, akan memasuki neraka dalam keadaan hina.” Ghafir:60. “Dan apabila hambaku bertanya engkau tentang-Ku, sesungguhnya Aku dekat, Aku perkenankan doa orang yang berdoa bila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka memenuhi(perintah) untuk-Ku dan hendaklah mereka beriman dengan-Ku, moga-moga mereka berada di atas kebenaran.” Al-Baqarah:186 Dan Rasulullah s.a.w, bersabda Doa adalah ibadah, Tuhanmu berfirman “berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan bagimu.” Dan Rasulullah s.a.w juga bersabda “Sesungguhnya Tuhanmu Tabaraka wa taala Pemalu lagi Mulia, Dia Malu pada hamba-nNya bila dia mengangkat kedua-tangannya dibalas dengan kekosongan.” Dan telah bersadba Rasulullah s.a.w” Tidaklah seseorang muslim yang berdoa kepada Allah di dalamnya tiada unsur dosa, pemutus saliturrahim melainkan dikabulkannya oleh Allah dengan salah-satu di antara tiga: samada dipercepat kabulnya permintaan itu(di dunia), disimpan baginya di Akhirat, atau ditukar sesuatu yang mencegahnya dari keburukan yang semisal. Mereka (sahabat) berkata: Jadi kami akan perbanyakkan (doa). Rasulullah bersabda: Allah lagi banyak (utk mengabulkan).

Takhrij dua hadis terakhir:

(1) أخرجه أبو داود 2/78 والترمذي 5/557 وابن ماجه 2/1271 وقال ابن حجر سنده جيد. وانظر صحيح الترمذي 3/179 .
(2) الترمذي 5/566 و5/462 وأحمد 3/18 وانظر صحيح الجامع 5/116 وصحيح الترمذي 3/140 .



من آداب الدعاء وأسباب الإجابة

Adab2 berdoa dan penyebab mustajab

1- الإخلاص لله.
Ikhlas kerana Allah

2- أن يبدأ بحمد الله والثناء عليه ثم بالصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ويختم بذلك.
hendaklah ia (doa) bermula dengan alhamdulillah dan pujian keatas-Nya, kemudian selawat keatas nabi saw dan diakhiri (doa) dengan itu (pujian dan selawat)

3- الجزم في الدعاء واليقين بالإجابة.
bersungguh2 ketika berdoa dan yakin ia mustajab (diperkenan Allah)

4- الإلحاح في الدعاء وعدم الاستعجال.
Mendesak(Insist) dlm doa tetapi tidak minta percepatkan (kabul).

5- حضور القلب في الدعاء.

menghadirkan hati ketika berdoa

6- الدعاء في الرخاء والشدة.
berdoa ketika senang dan susah

7- لا يسأل إلا الله وحده.
tidak meminta kecuali pada Allah semata2

8- عدم الدعاء على الأهل، والمال، والولد، والنفس.
tidak mendoakan keburukan keatas ahli keluarga, harta, anak dan diri sendiri

9- خفض الصوت بالدعاء بين المخافتة والجهر.
merendahkan suara ketika doa, antara lembut dan keras

10- الاعتراف بالذنب والاستغفار منه والاعتراف بالنعمة وشكر الله عليها.
mengakui dosa, dan meminta ampun baginya, dan mengakui nikmat, dan bersyukur atasnya

11- عدم تكلف السجع في الدعاء.
tidak bersajak (yakni berlebih2an dalam rima akhir ayat) ketika berdoa

12- التضرع والخشوع والرغبة والرهبة
merendah diri dan khusyu' (fokus) dan dengan harap dan takut

13- رد المظالم مع التوبة.
Mengembalikan hak orang yg dizalimi sambil bertaubat

14- الدعاء ثلاثاً.
Mengulangi lafaz doa 3 kali

15- استقبال القبلة.
Mengadap kibla

16- رفع الأيدي في الدعاء.
Mengangkat tangan ketika berdoa

17- الوضوء قبل الدعاء إن تيسر.
Mengambil whuduk sebelum berdoa jika mudah

18- أن لا يعتدي في الدعاء.
Tidak melampaui batas ketika berdoa.

19- أن يبدأ الداعي بنفسه إذا دعاء لغيره.
Mulakan doa utk diri sendiri apabila berdoa utk orang lain.

20- أن يتوسل إلى الله بأسمائه الحسنى وصفاته العلى، أو بعمل صالح قام به الداعي نفسه، أو بدعاء رجل صالح حي حاضر له.
Bertawasul kpd Allah dengan al Asma al Husna dan sifat-Nya yang Maha Tinggi atau dengan amal soleh yang dia sendiri pernah dirikan, atau dengan doa oleh lelaki soleh yang masih hidup dan hadir bersamanya.

21- أن يكون المطعم والمشرب والملبس من حلال.
Makanan, minuman, dan pakaian bersumber dari pendapatan yg halal.

22- لا يدعو بإثم أو قطيعة رحم.
Tidak berdoa utk melakukan dosa atau memutus tali silaturrahim.

23- أن يأمر بالمعروف وينهى عن المنكر.
Menyuruh perkara yg baik dan mencegah yg munkar.

24- الابتعاد عن جميع المعاصي.
Menjauhi dari sebarang kemaksiatan


أوقات وأحوال وأماكن يستجاب فيها الدعاء
Waktu, keadaan, tempat yang makbul bila berdoa

1- ليلة القدر .
Malam Lailatul Qadar
2- جوف الليل الآخر.
Larut malam terakhir

3- ودبر الصلوات المكتوبات
Di hujung solat yg wajib
.
4- بين الأذان والإقامة
.Di antara azan dan iqamah
5- ساعة من كل ليلة.
Satu saat pada setiap malam

6- عند النداء للصلوات المكتوبة.
Ketika azan utk solat wajib

7- عند نزول الغيث.
Ketika turun hujan

8- عند زحف الصفوف في سبيل الله.
Ketika bergerak maju saf-saf dlm peperangan

9- ساعة من يوم الجمعة.
ٍSatu saat pada hari jumaat

وأرجح الأقوال فيها أنها آخر ساعة من ساعات العصر يوم الجمعة وقد تكون ساعة الخطبة والصلاة.
Pendapat yang paling rajih ialah saat akhir waktu asar hari jumaat, boleh juga terjadi pada saat khutbah dan solat jumaat.

10- عند شرب ماء زمزم مع النية الصادقة.
Ketika minum air zamzam bersama dgn niat yang benar.
11- في السجود.
Di dalam sujug

12- عند الاستيقاظ من النوم ليلاً والدعاء بالمأثور في ذلك.
Ketika bangkit dari tidur dan berdoa dengan doa yang ma'thur.

13- إذا نام على طهارة ثم استيقظ من الليل ودعا.
Bila tidur dlm keadaan berwhuduk kemudian bangun malam dan berdoa.

14- عند الدعاء بـ "لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين".
Ketika berdoa dgn lafaz " Tiada illah yg benar selain Engkau, maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku dari kalangan org-org yang zalim."

15- دعاء الناس عقب وفاة الميت.
Doa orang-ramai selepas kematian seseorang

16- الدعاء بعد الثناء على الله والصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في التشهد الأخير.
Doa setelah memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم di dalam tasyahud akhir

17- عند دعاء الله باسمه العظيم الذي إذا دعي به أجاب وإذا سئل به أعطى
Ketika berdoa kpd Allah dengan nama -Nya yang paling Agung yg mana bila berdoa dgnnya terkabul dan bila meminta dikurniakan.

18- دعاء المسلم لأخيه المسلم بظهر الغيب.
Berdoa seorang Islam untuk saudaranya diluar pengetahuannya.

19- دعاء يوم عرفة في عرفة.
Doa pada hari Arafah di padang Arafah.

20- الدعاء في شهر رمضان.
Doa pada bulan Ramadan.

21- عند اجتماع المسلمين في مجالس الذكر.
Bila berkumpul pada muslim di majlis zikir/ilmu

22- عند الدعاء في المصيبة بـ "إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم أجرني في مصيبتي وأخلف لي خيراً منها".
doa bila terkena musibah dengan doa "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kita kembali. Ya Allah berilah pahala di atas musibahku, dan gantikanlah kepadaku sesuatu yg lebih baik"

23- الدعاء حالة إقبال القلب على الله واشتداد الإخلاص.
Doa dlm keadaan hati bertumpu pada Allah dan benar-benar ikhlas

دعاء المظلوم على من ظلمه .

24 - doa orang yang dizalimi keatas orang yang menzaliminya

دعاء الوالد لولده وعلى ولده

25- doa ayah/ibu untuk kebaikan atau keburukan keatas anaknya

دعاء المسافر

26-doa orang yang musafir

دعاء الصائم حتى يفطر

27-doa orang yang berpuasa sehingga ia berbuka

دعاء الصائم عند فطره.

28-doa orang yang berpuasa tatkala ia berbuka

دعاء المضطر

29-doa orang yang dipaksa

دعاء الإمام العادل

30-doa imam/pemerintah yang adil

دعاء الولد البار بوالديه

31-doa anak yang baik/saleh keatas ibu bapanya

الدعاء عقب الوضوء إذا دعا بالمأثور في ذلك

32-doa selepas berwudhu ketika seseorang berdoa dengan doa yang ma'thur

الدعاء بعد رمي الجمرة الصغرى

33- doa selepas melontar jamrah sughra

الدعاء بعد رمي الجمرة الوسطى

34- doa setelah melontar jamrah wusta

الدعاء داخل الكعبة ومن صلى داخل الحجر فهو من البيت

35- berdoa ketika berada didalam ka'bah dan doa sesiapa yang bersolat didalam kawasan hijir, maka hijir itu sebahagian ka'bah

الدعاء على الصفا.

36-doa ketika berada di bukit safa

الدعاء على المروة

37-doa ketika berada di bukit marwah

إذا نام على طهارة ثم استيقظ من الليل ودعا.

38- ketika seseorang tidur dalam keadaan suci (berwudhu') kemudia dia bangun dimalam hari lantas berdoa

عند الدعاء بـ "لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين".

39 -ketika berdoa dengan " tiada tuhan kecuali Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang2 yang zalim (pada dirinya)''

الدعاء عند المشعر الحرام

40- doa ketika berada di al-masy'aril haram (sebuah bukit di muzdalifah)

والمؤمن يدعو ربه دائماً أينما كان

41- dan mu;min itu berdoa kepada tuhannya senantiasa, dimana jua dia berada

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

42- firman Allah{dan ketika hamba-Ku meminta padaku, maka sesungguhnya Aku dekat (padanya), Aku memustajabkan doa orang yang berdoa ketika dia meminta/memanggilku}

ولكن هذه الأوقات والأحوال، والأماكن تخص بمزيد عناية

43 -akan tetapi wakyu2, keadaan2, dan tempat ini adalah khusus dengan kelebihan inayah

al Asma al Husna

{وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ}

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Kelak mereka akan mendapat balasan atas apa yang mereka telah kerjakan." [Al-A'raaf, 180]

ومن هذه الأسماء ما يأتي:
Dan berikut adalah di antara nama-namaNya:

Al-Awwal (Yang telah ada sebelum segala sesuatu) { الأَوَّلُ }1.
Al-Aakhir (Yang tetap ada setelah segala sesuatu musnah) { الآخِرُ }2.
Azh-Zhaahir (Yang tidak ada sesuatu pun di atas-Nya) { الظَّاهِرُ }3.
Al-Baathin (Yang tidak ada sesuatu pun menghalangi-Nya) { البَاطِنُ }4.
Al-'Aliy (Yang Maha Tinggi) { العَلِيُّ }5.
Al-A'laa (Yang Paling Tinggi) { الأَعْلَى }6.
Al-Muta'aali (Yang Maha Tinggi) { الْمُتَعَالُ }7.
Al-'Azhiim (Yang Maha Agung ) { العَظِيمُ }8.
Al-Majiid (Yang Maha Mulia, Yang Maha Terpuji) { المَجِيدُ }9.
Al-Kabiir (Yang Maha Besar) { الكَبِيرُ }10.
As-Samii' (Yang Maha Mendengar) { السَّمِيعُ }11.
Al-Bashiir (Yang Maha Melihat) { البَصِيرُ }12.
Al-'Aliim (Yang Maha Mengetahui) { العَلِيمُ }13.
Al-Khabiir (Yang Maha Mengenal, Yang Maha Mengetahui) { الخَبِيرُ }14.
Al-Hamiid (Yang Maha Terpuji) { الحَمِيدُ }15.
Al-'Aziiz (Yang Maha Mulia, Yang Mahaperkasa ) { العَزِيزُ }16.
Al-Qadiir (Yang Maha Kuasa ) { القَدِيرُ }17.
Al-Qaadir (Yang Maha Berkuasa) { القَادِرُ }18.
Al-Muqtadir (Yang Maha Berkuasa) { المُقْتَدِرُ }19.
Al-Qawiy (Yang Maha Kuat) { القَوِيُّ }20.
Al-Matiin (Yang Maha Kukuh) { المَتِينُ }21.
Al-Ghaniy (Yang Maha Kaya) { الغَنِيُّ }22.
Al-Hakiim (Yang Maha Bijaksana) { الحَكِيمُ }23.
Al-Haliim (Yang Maha Penyantun) { الحَلِيمُ }24.
Al-'Afuww (Yang Maha Pemaaf) { العَفُوُّ }25.
Al-Ghafuur (Yang Maha Pengampun) { الغَفُورُ }26.
Al-Ghaffar (Yang Maha Pengampun) { الغَفَّارُ }27.
Al-Tawwab (Yang Maha Penerima Taubat) { التَّوَّابُ }28.
Al-Raqiib (Yang Maha Mengawasi) { الرَّقِيبُ }29.
Asy-Syahiid (Yang Maha Menyaksikan ) { الشَّهِيدُ }30.
Al-Hafiizh (Yang Maha Pemelihara) { الحَفِيظُ }31.
Al-Lathiif (Yang Maha Halus, Yang Maha Lembut terhadap ... ) { اللَّطِيفُ }32.
Al-Qariib (Yang Maha Dekat) { القَرِيبُ }33.
Al-Mujiib (Yang Mengabulkan, Yang Memperkenankan) { المُجِيبُ }34.
Al-Waduud (Yang Maha Pengasih) { الوَدُودُ }35.
Asy-Syaakir (Yang mensyukuri amal kebaikan hamba-Nya) { الشَّاكِرُ }36.
Asy-Syakuur (Yang Maha Mensyukuri) { الشَّكُورُ }37.
As-Sayyid (Yang Maha Mulia, Penguasa) { السَّيِِّدُ }38.
As-Shamad (Yang Maha Sempurna, bergantung kepada-Nya ... ) { الصَّمَدُ }39.
Al-Qaahir (Yang Mempunyai Kekuasaan Tertinggi) { القَاهِرُ }40.
Al-Qahhaar (Yang Maha Mengalahkan) { القَهَّارُ }41.
Al-Jabbar (Yang Mahaperkasa, Mahakuasa memaksakan ... ) { الجَبَّارُ }42.
Al-Hasiib (Yang memberi kecukupan dengan kadar yang tepat) { الحَسِيبُ }43.
Al-Haadi (Yang memberi petunjuk) { الهَادِي }44.
Al-Hakam (Yang menetapkan keputusan atas segala ciptaan-Nya) { الحَكَمُ }45.
Al-Qudduus (Yang Mahasuci) { القُدُّوسُ }46.
As-Salaam (Yang memberi keselamatan, Yang melimpahkan ... ) { السَّلاَمُ }47.
Al-Barru (Yang melimpahkan kebaikan) { البَرُّ }48.
Al-Wahhaab (Yang Maha Pemberi) { الوَهَّابُ }49.
Al-Rahmaan (Yang Maha Pengasih) { الرَّحْمَنُ }50.
Al-Rahiim (Yang Maha Penyayang) { الرَّحِيمُ }51.
Al-Kariim (Yang Maha Pemurah) { الكَرِيمُ }52.
Al-Akram (Yang Paling Pemurah) { الأَكْرَمُ }53.
Al-Rauuf (Yang Mahabelas kasihan) { الرَّءُوفُ }54.
Al-Fattah (Yang Maha Pemberi Keputusan) { الفَتَّاحُ }55.
Al-Razzaaq (Yang Maha Pemberi Rezeki) { الرَّزَّاقُ }56.
Al-Raaziq (Yang memberi rezeki) { الرَّازِقُ }57.
Al-Hayyu (Yang Mahahidup) { الحَيُّ }58.
Al-Qayyuum (Yang tegak dan menegakkan segala urusan ... ) { القَيُّومُ }59.
Nur al-Samaawati wa al-Ardh (Cahaya langit ... ) { نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ }60.
Al-Rabb { الرَّبُّ }61.
Allah { الله }62.
Al-Malik (Yang Maha Memiliki, Yang menguasai) { المَلِكُ }63.
Al-Maliik (Pemilik Kerajaan) { المَلِيكُ }64.
Maalikul Mulki (Raja dari semua raja) { مَالِكُ المُلْكِ }65.
Al-Waahid (Yang satu) { الوَاحِدُ }66.
Al-Ahad (Yang Tunggal) { الأَحَدُ }67.
Al-Mutakabbir (Yang mempunyai segala kebesaran dan keagungan) { المُتَكَبِّرُ }68.
Al-Khaaliq (Yang menciptakan) { الخَالِقُ }69.
Al-Baari (Yang mengadakan) { البَارِئُ }70.
Al-Mushawwir (Yang membentuk rupa) { المُصَوِّرُ }71.
Al-Khallaaq (Yang Maha Pencipta) { الخَلاَّقُ }72.
Al-Mu'min (Yang memberi keamanan) { المُؤْمِنُ }73.
Al-Muhaimin (Yang Maha Memelihara) { المُهَيْمِنُ }74.
Al-Muhiith (Yang meliputi terhadap segala sesuatu) { المُحِيطُ }75.
Al-Muqiit (Yang berkuasa memberi rezeki kepada setiap ... ) { المُقِيتُ }76.
Al-Wakiil (Pemelihara, Pelindung) { الوَكِيلُ }77.
Dzu al-Jalaali wa al-Ikraam (Yang memiliki ... ) { ذُوالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ }78.
Jami' al-Nas li yaumin la … (Yang ... ) { جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيهِ }79.
Badi' al-Samaawati wa al-Ardh (Pencipta ... ) { بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ }80.
Al-Kaafi (Yang mencukupi hamba-hambaNya) { الكَافِي }81.
Al-Wasii' (Yang Mahaluas kurnia-Nya) { الوَاسِعُ }82.
Al-Haqq (Yang Mahabenar) { الحَقُّ }83.
Al-Jamiil (Yang Maha Indah) { الجَمِيلُ }84.
Al-Rafiiq (Yang Maha Lembut, Mahahalus, Yang menyertai) { الرَّفِيقُ }85.
Al-Hayiy (Yang Maha Memiliki Sifat Malu) { الحَيِِيُّ }86.
Al-Sittir (Yang Maha Menutupi) { السِتِّيرُ }87.
Al-Ilaah (Yang mengadakan) { الإِلَهُ }88.
Al-Qaabidh (Yang menyempitkan rezeki) { القَابِضُ }89.
Al-Baasith (Yang melapangkan rezeki) { البَاسِطُ }90.
Al-Mu'thi (Yang memberi) { المُعْطِي }91.
Al-Muqaddim (Yang mendahulukan) { المُقَدِّمُ }92.
Al-Muakhkhir (Yang mengakhirkan) { المُؤَخِّرُ }93.
Al-Mubiin (Yang menjelaskan segala sesuatu menurut hakikat ... ) { المُبِينُ }94.
Al-Mannaan (Yang Maha Pemberi, Maha Pemurah) { المَنَّانُ }95.
Al-Waliy (Yang melindungi) { الوَلِيُّ }96.
Al-Mawla (Tempat berlindung segala makhluk) { المَوْلَى }97.
Al-Nashiir (Penolong) { النَّصِيرُ }98.
Al-Syaafi (Yang menyembuhkan) { الشَّافِي }99.

Du'a drp al Quran

1- {رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ} [الأعراف 23].
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

2- {رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ} [هود 47].
Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.

3- {رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ} [نوح 28]. Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!

4- {رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ}
{وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ} [البقرة 127، 128]. Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

5- {رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء} [إبراهيم 40]. Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

6- {رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ} [إبراهيم 41]. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

7- {رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ، وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ، وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ، وَاغْفِرْ لأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ، وَلا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ} [الشعراء 83-87]. Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naim; Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat; Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula

8- {رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ} [الصافات 100]. Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

9- {رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ} [الممتحنة 4]. Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

10- {رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ} [الممتحنة 5]. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

11- {رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ} [النمل 19]. Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

12- {رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء} [آل عمران 38]. Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

13- {رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ} [الأنبياء 89]. Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

14- {لا إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ} [الأنبياء 87]. Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

15- {رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي، وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي، يَفْقَهُوا قَوْلِي} [طه 25-28]. Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku; Supaya mereka faham perkataanku.

16- {رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي} [القصص 16]. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah (apalah jua kiranya) akan dosaku.

17- {رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ} [آل عمران 53]. Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu).

18- {رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ، وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ} [يونس 85، 86]. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir.

19- {ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ} [آل عمران 147]. Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

20- {رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا} [الكهف 10]. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

21- {رَبِّ زِدْنِي عِلْمَاً} [طه 114]. Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.

22- {رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ} [المؤمنون 97-98]. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.

23- {رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ} [المؤمنون 118]. Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!

24- {رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} [البقرة 201]. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.

25- {سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ} [البقرة 285]. Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali

26- {رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ} [البقرة 286]. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

27- {رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ} [آل عمران 8]. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

28- {رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ، رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ، رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ} [آل عمران 191-194]. Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun.

29- {رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ} [المؤمنون 109]. Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.

30- {رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا، إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا} [الفرقان 65، 66]. Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan. Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.

31- {رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا} [الفرقان 74]. Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

32- {رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ} [الأحقاف 15]. Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

33- {رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ} [الحشر 10]. Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.
34- {رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ} [التحريم 8]. Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

35- {رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} [آل عمران 16]. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka
36- {رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ} [المائدة 83]. Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

37- {رَبِّ اجْعَلْ هَـذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ} [إبراهيم 35]. Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.

38- {رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ} [القصص 24]. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.
39- {رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ} [العنكبوت 30]. Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka).

40- {رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ} [الأعراف 47]. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.

41- {حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ} [التوبة 129]. Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

42- {عَسَى رَبِّي أَن يَهْدِيَنِي سَوَاء السَّبِيلِ} [القصص 22]. Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku.

43- {رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ} [القصص 21]. Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.

Doa dari al-Kitab dan al-Sunnah

Tajuk Asal: Al Du'a daripada al Quran dan al Sunnah
Penyusun: Syeikh Sai'd Ali Wahf al Qahtaniy



بسم الله الرحمن الرحيم
Muqaddimah
إن الحمد لله نحمده، ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه وسلم تسليماً كثيراً. أما بعد:

فهذا مختصر من كتابي "الذكر والدعاء والعلاج بالرقى من الكتاب والسنة" اختصرت فيه قسم الدعاء؛ ليسهل الانتفاع به، وزدت عليه أدعية وفوائد نافعة إن شاء الله تعالى، وأسأل الله عز وجل بأسمائه الحسنى وصفاته العلى أن يجعله خالصاً لوجهه الكريم إنه ولي ذلك والقادر عليه. وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين.
المؤلف
حرر في شعبان 1408 هـ

Buku ini ialah ringkasan dari kitab saya, “Zikir dan Doa Dan Pengubatan dengan al-Ruqyah berdasarkan dari al-Quran and al-Sunnah. Saya memasukkan bahagian doa di dalamnya supaya mudah dan berguna, dan saya menambahkan lagi doa-doa semoga bermanafaat insyaAllahi ta’ala.

Saya meminta kepada Allah Azzawajalla dengan nama-nama-Nya yang Maha Agung dan sifat-Nya yang Maha Tinggi supaya menjadikan kerja ini ikhlas semata-mata kerana keredhaan-Nya. Sesungguhnya Dia yang Maha Melindungi dan Maha berkuasa. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi kita Muhammad s.a.w. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda.

Penyusun
Sya’ban 1408H