Saturday, October 30, 2010
اللهم وفقنا للتوبة إليك
Monday, September 27, 2010
Doa dari segala fitnah,dll
"اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ، وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ، وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى، وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ اْلمَسِِيْحِ الْدَّجَّالِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ قَلْبِيْ بِمَاءِ الْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّ قَلْبِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الْثَوْبِ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَباَعِدْ بَيْنَيْ وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعِدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَالْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ"[1].
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari fitnah dan siksa neraka, dari fitnah dan siksa kubur; dan dari kejahatan fitnah kekayaan dan fitnah kemiskinan. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari fitnah al-Masih al- Dajjal. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dengan air salji dan air sejuk, sucikan hatiku dari segala kesalahan sebagaimana Engkau mensucikan pakaian putih dari kotoran, dan jauhkanlah aku dari semua kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan timur dan barat. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan, dosa, dan hutang. – Riwayat Bukhari dan Muslim
Doa kebaikan dunia dan akhirat
"اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب النَّارِ"[1]
Ya Allah ya tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami dari siksa neraka - Riwayat Bukhari dan Muslim
Saturday, April 10, 2010
Doa ketika melihat orang ditimpa bencana
الـحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّـا ابْتَلاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً
Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari musibah yang menimpa engkau, dan melebihkan aku dengan kelebihan daripada kebanyakan makhluk yang Engkau ciptakan.
Riwayat Tirmizi
syarah:
صحابي الحديث هو أبو هريرة رضي الله عنه.
وجاء فيه قوله : من رأى مبتلى فقال:...، لم يصبه ذلك البلاء.
Sahabah yg meriwayatkan hadis ini ialah Abu Hurairah r.a
Di dalamnya Rasulullah bersabda: Sesiapa yg menyaksikan org yg ditimpa musibah laku dia menyebut: "..." tidak akan menimpa musibah tersebut ke atasnya.
قوله: من رأى مبتلى أي مبتلى بنوع من الأمراض والأسقام، أو مبتلى بالبعد عن الله تعالى وعن دينه الحنيف.
Sabda beliau: Sesiapa yg menyaksikan org yg ditimpa musibah ialah org yg ditimpa musibah berupa penyakit atau jejas kesihatan, jauh dari Allah ta'ala dan agama yg lurus.
قوله: وفضلني على كثير ممن خلق يجوز أن يكون المراد به الجماعة المبتلون، وتفضيل الله تعالى إياه عليهم، بحيث إنه سلمه من هذا البلاء، الذي ابتلاهم به.
Sabda beliau : Telah melebihkan aku dari kebanyakan makhluk yg Dia ciptakan, boleh dimaksudkan dgn sekelompok yang yg ditimpa musibah. Dan Allah memberi kelebihan kpdnya melebihi dari mrk. Yang mana Dia telah menyelamatkannyaa dari bala yg telah menimpa mereka tersebut.
وينبغي أن يقول هذا الذكر سراً، بحيث يُسمع نفسه، ولا يُسمعه المبتلى؛ لئلا يتألم قلبه بذلك، إلا أن تكون بليته معصية، فلا بأس أن يُسمعه ذلك، من باب الزجر له إن لم يخف من ذلك مفسدة، والله أعلم.
Hendaklah dia membaca doa ini secara perlahan sekadar utk dirinya dan bukan didengari oleh orang yang ditimpa musibah, supaya tidak menyakiti hatinya melainkan musibah itu merupakan maksiat. Maka tidak mengapa utk didengarinya kerana termasuk dalam pencegahan; jika tidak ditakuti adanya keburukan drp perbuatan itu.
rujukan: syarah Hisnul Muslim, Sy Madji Ab.Wahab al-Ahmad.
Thursday, April 8, 2010
doa menghadapi urusan yang sukar
اللهم لا سَهْلَ إلا ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Ya Allah, tiada yg mudah melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah, dan engkau menjadikan kesedihan itu (hilang) bila Engkau menghendakinya mudah.
riwayat ibn Hibban, ibn Sunni
syarah:
لا سهل : لا شيء لين ولا هين إلا ما جعلته لينا وهينا
la sahl - tiada sesuatupun yg mudah serta senang melainkan apa yang Dia jadikan mudah dan senang.
الحزن: ماغلظ وصعب
al haznu - apa yang kasar/sukar dan memayahkankan
rujukan: Syarah Hisnul Muslim - sy. Majdi Abdul Wahab al Ahmad
Tuesday, March 30, 2010
Doa-doa Pilihan Dari al-Quran dan al-Sunnah
Doa-doa Pilihan Dari al-Quran dan al-Sunnah
1. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
1."Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" al-Baqarah: 201
2. رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
2.“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." Ali Imran: 8
3 ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
3."Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Ali imran : 147
4. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
4."Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi". Al Araaf: 23
5. رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء . رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
5.”Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do’aku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mu’min pada hari terjadinya hisab ( hari kiamat)". Ibrahim:40-41
6. رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
6.”Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidikku waktu kecil.” al Israa:24
7. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
7."Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. Al-Furqan:74
8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
8."Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha
Penyayang". Al-Hasyr:10
9. اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
9.Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi pemilihara urusanku, dan perbaikilah duniaku yang padanya (terletak) penghidupanku, dan perbaikilah akhiratku yang di sana tempat kembaliku. Dan jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikan kematianku merupakan kebebasan dari kejahatan.
HR Muslim
10. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
10. “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu petunjuk dan ketaqwaan dan affah(dapat mengawal kehendak nafsu) dan kecukupan.” HR Muslim
11. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًاوَرِزْقًاطَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
11. “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta dari-Mu ilmu yang bermanafaat dan rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” HR Ibn Majah
12. اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجَلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي
12. “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu yang lelaki, anak hamba-Mu yang perempuan, ubun-ubunku di tangan-Mu, berlaku padaku hukuman-Mu, adil padaku ketentuan-Mu. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang Engkau namakan dengannya akan diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada salah seorang makhluk-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau khususkan dengannya di dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, dan kiranya Engkau jadikan al-Quran itu penghibur hatiku, cahaya hatiku, penghilang kesedihan, dan penghapus kesulitanku. HR Ahmad, al-Hakim
13. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ, أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
13. “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan dengan keselamatan-Mu daripada seksaan-Mu. Aku berlindung kepada-Mu daripada(ancaman)Mu. Aku tidak menghadkan pujianku terhadap-Mu, Engkau sebagaimana yang Engkau sanjung ke atas diri-Mu sendiri.”- HR Ahmad, Tirmizi
14. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأََخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأََهْوَاءِ
14. “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keburukan akhlak dan keburukan amal dan keburukan hawa nafsu” – HR Tirmizi.
15. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
15. “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada sifat lemah dan malas, dan penakut, dan bakhil, dan nyanyuk. Dan aku berlindung kepada Engkau daripada azab kubur dan aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah hidup dan mati.” – HR Bukhari, Muslim
16. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ
16. “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu untuk membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta mencintai orang-orang miskin. Dan aku mohon agar Engkau mengampuni aku dan mengasihi aku. Dan apabila Engkau hendak menurunkan bala kepada sesuatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terkena bala itu. Aku memohon kepada kecintaan-Mu dan mencintai orang-orang yang mencintai-Mu, serta mencintai amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu.” – HR Ahmad, Tirmizi.
17. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ
17. “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Engkau semua perkara yang dengannya kami mendapat rahmat dan pengampunan Engkau, terhindar dari setiap dosa, keuntungan daripada setiap kebajikan, dan kejayaan memperolehi syurga dan terselamat daripada neraka” – HR al-Hakim.
Zikir-Zikir Pagi dan Petang dari Al-sunnah
Penyusun: Syeikh Saaid Ali Wahf al Qahtaniy
Zikir-Zikir Pagi dan Petang dari Al-sunnah
Nota: Zikir pagi boleh diamalkan di antara selepas solat Subuh hingga sebelum masuk waktu Zuhur. Dan zikir petang diamalkan di antara selepas solat Asar dan sebelum masuk waktu Isya’.
1. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم { اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }
1. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa
yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar ( Al-Baqarah:255, 1 kali) HR Abu Daud,Hakim,al-Nasa’I, al-Thabrani8
2. بسم الله الرحمن الرحيم{ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ*اللَّهُ الصَّمَدُ*لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ} بسم الله الرحمن الرحيم {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ * مِن شَرِّ مَا خَلَقَ *وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ * وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ * وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ } بسم الله الرحمن الرحيم{ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ * مَلِكِ النَّاسِ * إِلَهِ النَّاسِ *مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ * الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ * مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ }
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia". Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki". Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia." (3 kali ) HR Abu Daud, Tirmizi .9
Nota: Jika berzikir di waktu petang, gantikan kalimah yang ditebalkan dengan kalimah yang di dalam kurungan.
3.أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ( أَمْسَيْـنا وَأَمْسـى) المُـلْكُ لِلَّهِ وَالحَمْدُ لِلِّهِ ، لاَ إِلهَ إلاّ اللّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُـلْكُ وَلَهُ الحَمْـدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ ، رَبِّ أَسْـأَلُـكَ خَـيرَ مَا فِي هَـذَا اليَومِِ (هَـذِهِ اللَّـيْلَةِ) وَخَـيرَ مَا بَعْـدَهُ (بَعْـدَهَـا) ، وَأََعُـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ مَا فِي هَـذَا اليَومِِ (هـذهِ اللَّـيْلةِ) وَشَرِّ مَا بَعْـدَهُ (بَعْـدَهَـا) ، رَبِّ أََعُـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسُـوءِ الْكِـبَرِ ، رَبِّ أَعُـوذُبِكَ مِنْ عَـذَابٍ فِي النَّـارِ وَعَـذَابٍ فِي القَـبْرِ
3. Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan milik Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kebaikan pada waktu pagi ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pada pagi ini dan kejahatan sesudahnya. Ya Tuhanku! Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat malas dan keburukan hari tua. Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan neraka dan seksaan kubur. (1 kali) HR Muslim.
4. اللّهـمَّ بِكَ أَصْـبَحْنا وَبِكَ أَمْسَـيْنَا(أَمْسَـيْنَا وَبِكَ أَصْـبَحْنا) وَبِكَ نَحْـيا وَبِكَ نَمُـوتُ وَإِلَـيْكَ النُّـشُور(المَصِـيْر)
4. Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kami dibangkitkan (1 kali) HR Tirmizi
5. اللّهـمَّ أَنْتَ رَبِّـي لاَ إِلَهَ إلاّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِـي وَأَنَا عَبْـدُك ، وَأَنَا عَلـى عَهْـدِكَ وَوَعْـدِكَ مَا اسْتَـطَعْـتُ ، أَعُـوذُبِكَ مِنْ شَـرِّ مَا صَنَـعْتُ ، أَبـُوءُ لَـكَ بِنِعْـمَتِـكَ عَلَـيَّ وَأَبـُوءُ بِذَنْـبِي فَاغْفـِرْ لِي فَإِنَّـهُ لاَ يَغْـفِرُ الذُّنـُوبَ إِلاّ أَنْتَ
5. Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Engkau. Engkaulah yang menciptakan Aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan taat setia kepada janjiku dengan-Mu sekadar kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang kulakukan. Aku mengakui di hadapan Engkau atas segala nikmat kurnia Mu ke atasku. Aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau (1 kali) HR Bukhari10
6. اللّهُـمَّ إِنِّـي أَصْبَـحْتُ( أَمْسَـيْتُ) أَُشْـهِدُكَ ، وَأُشْـهِدُ حَمَلَـةَ عَـرْشِـكَ ، وَمَلاَئِكَتِكَ ، وَجَمِـيعَ خَلْـقِكَ ، أَنَّـكَ أَنْـتَ اللهُ لاَ إِلهَ إلاَّ أَنْـتَ وَحْـدَكَ لاَ شَرِيكَ لَـكَ ، وَأَنَّ ُ مُحَمّـداً عَبْـدُكَ وَرَسُـولُـكَ
6. Ya Allah! Sesungguhnya berpagi-pagi aku bersaksi dengan Engkau dan dengan malaikat yang memikul arash-Mu, malaikat-malaikat-Mu dan seluruh makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu (4 kali) 11- HR Abu Daud
7. اللّهُـمَّ مَا أَصْبَـحَ( أَمْسَـى) بِي مِـنْ نِعْـمَةٍ أَوْ بِأََحَـدٍ مِـنْ خَلْـقِكَ ، فَمِـنْكَ وَحْـدَكَ لاَ شَرِيكَ لَـكَ ، فَلَـكَ الْحَمْـدُ وَلَـكَ الشُّكْـرُ
7. Ya Allah! Nikmat yang kuterima atau yang diterima oleh seseorang di antara makhluk-Mu di pagi ini adalah daripada-Mu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala
pujian dan kepada-Mu dipanjatkan syukur (1 kali) 12 HR Abu Daud
8. اللّهُـمَّ عَافِـني فِي بَدَنِـي ، اللّهُـمَّ عَافِـنِي فِي سَمْـعِي ، اللّهُـمَّ عَافِـنِي فِي بَصَـرِي ، لاَ إِلَهَ إلاّ أَنْـتَ. اللّهُـمَّ إِنِّـي أََعُـوذُبِكَ مِنَ الْكُـفْرِ ، وَالفَـقْرِ ، وَأَعُـوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ القَـبْرِ ، لاَ إِلَهَ إلاّ أَنْـتَ
8. Ya Allah! Sihatkan tubuh badanku. Ya Allah! Sihatkan pendengaranku. Ya Allah! Sihatkan penglihatanku. Tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur. Tiada Tuhan yang berhak diabdikan diri kecuali Engkau. (3 kali) HR Ahmad,Abu Daud
9. حَسْبِـيَ اللّهُ لاَ إِلَهَ إلاَّ هُوَ عَلَـيهِ تَوَكَّـلتُ وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِـيمِ
9. Cukuplah Allah (sebagai pelindungku). TiadaTuhan yang berhak diabdikan diri melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang menguasai arash yang agung. (7 kali)- HR Ibn Sunniy
10. اللّهُـمَّ إِنِّـي أَسْـأَلُـكَ العَـفْوَ وَالعَـافِـيةَ فِي الدُّنْـيَا وَالآخِـرَة ، اللّهُـمَّ إِنِّـي أسْـأَلُـكَ العَـفْوَ وَالعَـافِـيةَ فِي دِينِي، وَدُنْـيَايَ ، وَأهْـلِي ، وَمَالِـي ، اللّهُـمَّ اسْتُـرْ عَـوْرَاتِي، وَآمِـنْ رَوْعَاتِـي ، اللّهُـمَّ احْفَظْـنِي مِنْ بَـينِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِـي، وَعَنْ يَمِـينِي وَعَنْ شِمَـالِي ، وَمِنْ فَوْقِـي ، وَأَعُـوذُ بِعَظَمَـتِكَ أَنْ أُغْـتَالَ مِنْ تَحْتِـي
10. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteran pada agama, dunia, keluarga, dan harta bendaku. Ya Allah! Tutuplah cacat celaku, dan tenteramkanlah hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku di sebelah hadapanku, belakangku, kananku, kiriku, dan di atasku. Aku berlindung dengan kesabaran-Mu agar tidak disambar dari sebelah bawahku. (1 kali) HR Abu Daud, Ibn Majah
11. اللّهُـمَّ عَالِـمَ الغَـيْبِ وَالشَّـهَادَةِ فَاطِـرَ السّمًاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّ كُـلِّ شَـيءٍ وَمَلِيـكَهُ ، أَشْهَـدُ أَنْ لاَ إِلـهَ إِلاّ أَنْتَ ، أََعُـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ نَفْسِـي وَمِن شَـرِّ الشَّيْـطَانِ وَشِـرْكِهِ ، وَأَنْ أَقْتَـرِفَ عَلـَى نَفْسِـي سُوءاً أَوْ أَجُـرَّهُ إِلَـى مُسْـلِ
11. Ya Allah! Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, pencipta petala langit dan bumi, Tuhan yang menguasai sesuatu, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku, daripada kejahatan syaitan dan konco-konconya agar aku tidak menjerumuskan diriku ke dalam kejahatan atau menyeret muslim yang lain ke dalamnya. (1 kali) - HR Tirmizi
12. بِسْـمِ اللهِ الَذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْمِـهِ شَيءٌ فِي الأرْضِ وَلاَ فِي السّمَـاءِ وَهـوَ السّمِـيعُ العَلـيمُ
12. Dengan nama Allah yang apabila sesuatu itu disebut dengan nama-Nya, ia tidak dapat memberi mudarat baik yang berada di bumi atau di langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.14(3 kali ) - HR ِAbu Daud
13. رَضِيـتُ بِاللهِ رَبَّـاً وَبِالإسْلاَمِ دِيـناً وَبِمُحَـمَّدٍ صَلَّ اللهُ عُلَيهِ وَسَلَّم نَبِيّـاً
13. Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam itu sebagai cara hidup, dan Muhammad itu sebagai Nabi (3 kali )15 HR Ahmad
14. ياَ حَـيُّ يَا قَيُّـومُ بِـرَحْمَـتِكِ أَسْتَـغِـيثُ ، أَصْلِـحْ لِي شَـأْنـِي كُلَّـهُ ، وَلاَ تَكِلـْنِي إِلَى نَفْـسِي طَـرْفَةَ عَـيْنٍ
14. (Ya Allah!) Yang Maha Hidup; (Ya Allah!) yang meguruskan (alam ini). Dengan rahmat-Mu aku memohon agar Engkau perbaiki segala urusanku dan jangan Engkau biarkan aku membuat keputusan sendiri walaupun sekelip mata (1 kali) HR Hakim.
15. أَصْبَـحْـنا وَأَصْبَـح المُـلْكُ لِلَّهِ رَبِّ العَـالَمِـينَ ، اللّهُـمَّ إِنِّـي أَسْـأَلُـكَ خَـيْرَ هَـذَا الـيَوْمِ ، فَـتْحَهُ ، وَنَصْـرَهُ ، وَنُـورَهُ وَبَـرَكَتَـهُ ، وَهُـدَاهُ ، وَأَعُـوذُ بِـكَ مِـنْ شَـرِّ مَا فِـيهِ وَشَـرِّ مَا بَعْـدَهُ
15. Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan itu milik Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan pada hari ini: Rahmat, kemenangan, cahaya, keberkatan, dan petunjuk. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang terdapat di dalamnya dan kejahatan sesudahnya. (1 kali) HR Abu Daud.
Jika Petang, di baca seperti berikut:
أَمْسَيْـنَا وَأَمْسـَى المُُـلْكُ لِلَّهِ رَبِّ العَـالَمِـين ، اللّهُـمَّ إِنِّـي أسْـأَلُـكَ خَـيْرَ هَـذِهِ اللَّـيْلَة ، فَتْحَهَـا ، وَنَصْـرَهَـا ، وَنُـورَهـا وَبَـرَكَتَـهَـا ، وَهُـدَاهَـا ، وَأَعُـوذُ بِـكَ مِـنْ شَـرِّ مَا فِـيهَـا وَشَـرِّ مَا بَعْـدَهـَا.
……………
16. أَصْبَحْنَا (أَمْسَيْـنا )عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ
16. Berpagi-pagi (Berpetang-petang) kami berada di atas fitrah Islam, berpegang dengan kalimah tauhid, menuruti agama Nabi kami Muhammad s.a.w dan tegak di atas millah moyang kami Ibrahim yang lurus dalam keadaan tunduk patuh menyerah diri. Tidaklah kami daripada golongan musyrikin. (1 kali ) HR Ahmad.
17. سُبْحَـانَ اللهِ وَبِحَمْـدِهِ
17. Maha Suci Allah dan aku memuji-Nya (100 kali)16 HR Muslim
18. لاَ إِلَهَ إلاَّ اللّهُ وَحْـدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَـدِيرٌ
18. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.(10 kali atau sekali ketika sibuk) HR IbnMajah, Abu Daud)
Nota: Digalakkan juga untuk membaca 100 kali sehari zikir di atas kerana di dalam riwayat al Bukhari:
“Sesiapa yang mengucapkannya 100 kali sehari menyamai pahala membebaskan 10 orang hamba. Ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan daripadanya 100 kejahatan. Baginya pada hari itu terpelihara daripada syaitan sehingga ke petang. Tiada sesiapa yang datang lebih baik daripada apa yang dibawanya kecuali orang yang datang dengan membawa amalan yang lebih banyak daripada itu.”
19. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ ورِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
19. Maha SuciAllah dan puji-pujian itu bagi-Nya sebanyak makhluk-Nya, sejauh keredhaan diri-Nya, seberat timbangan arash-Nya dan sebanyak tinta kalimat-Nya (3 kali pada waktu pagi) HR Muslim
20. اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً ، وَرِزْقاً طَيِّباً ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
( 1 kali pada waktu pagi) HR Ibn Majah
21. أََعُـوذُبِكَلِمَـاتِ اللّهِ التَّـامَّـاتِ مِنْ شَـرِّ مَا خَلَـقَ
21. Aku berlindung dengan kalimat-kalimaat Allah yang sempurna daripada apa-apa kejahatan yang Dia ciptakan18 (3 kali pada waktu petang ) - HR Ahmad
22. أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
22. Aku Memohon keampunan kepada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya. (100 kali sehari) HR Bukhari, Muslim
23. اللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد
23. Ya Allah! Limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi kami Muhammad.19 (10 kali ) - HR al Thabrani